ketuk 'n rawat

Monday, October 5, 2009

Bagan Pinang Oh bagan Pinang

Kata orang kalah menang adat bertanding. Kali ini ana tak mahu tak mahu ketuk atau rawat sesiapa. Bagi ana ketuk dan rawat tu akan datang dan pergi juga.

Ana ada dua hal yang ana nampak badan-badan kerajaan negeri dan Persekutuan digunakan dalam PRK Bagan Pinang kali ini.

Semalam kawan Ana dari Kelantan kakitangan Kada datang ka Telok Kemang anjur Hari Pelanggan. Terfikir juga diubun-ubun ana Kada buat hari bertemu pelanggan di Telok Kemang. jauhnya kenapa tak buat di Kelantan saja. Mana ada pelanggan Kada kat Telok Kemang. Nampak sangat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang juga Pengerusi Kada ambil kesempatan menggunakan jentera Kerajaan Persekutuan datang Ke Bagan Pinang.

Kedua, saya terima pos laju dari anak syarikat kerajaan Negeri yang meminta pelajar yang terima bantuan masuk ke IPTA datang mengambilnya di Telok Kemang pada 8 hb Oktober. Rupa-rupanya MB Negeri Sembilan nak menyampaikan sendiri bantuan itu kepada pelajar. Apa ertinya itu. Sebagai rakyat yang mencari rezeki dimana-mana pun di bumi Allah ini mengucap syukur kepada Allah. Orang menghulur kita terima, orang memberi kita merasa.

Terima kasihlah kepada kerajaan Negeri Sembilan yang membiayai bantuan pendidikan kepada anak-anak kami.

Hari mengundi 11 haribulan Oktober. Kepada pengundi Bagan Pinang gunakanlah sebaik mungkin. Bandingkan calon yang bertanding. Niat-niat mereka perlu diambil kira juga. Allah melihat apa yang kamu buat. Jumpa lagi.

Tuesday, March 18, 2008

MELAYU MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI?

MELAYU MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI?

Betulkah melayu menang sorak? Betulkah kampung melayu tergadai? Memang selama ini melayu selalu memang sorak. Sebab melayu itu cuma UMNO, Pas bukan melayu. Pas ialah parti Islam. PKR Perti Keadilan Rakyat adalah parti berbilang kaum.

Yang tergadai adalah kampung melayu UMNO. Yang gadai pula orang melayu UMNO juga. Sudah banyak tanah-tanah kepunyaan Melayu habis digadai oleh UMNO Melayu bukan orang Pas atau PKR. Jadi siapa yang menang sorak dan kampung siapa yang tegadai.

Fikir-fikirlah. Selama 50 tahun ini siapa yang memerintah negara ini. Negeri mana yang banyak hilang tanah kepunyaan melayu. Pembaca semua tentu maklum dan lebih tahu. Jika pembaca ingin berkongsi, hantarlah tulisan anda kedalam blog ini untuk sama-sama kita tengok melayu yang menang sorak dan kampung melayu yang tegadai. Kalau ada fakta dan gambar lagi bagus.

dr j mat
abeyame_my@yahoo.com
seremban.